F/A-18D Hornet TUDM Mampu Beroperasi Sehingga 2035

F/A-18D Hornet TUDM Mampu Beroperasi Sehingga 2035

01 Agustus 2017

TUDM F/A-18D Hornet (photo : Mark Rourke)

BUTTERWORTH – Lapan pesawat tempur FA-18 D Hornet yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diyakini mampu melaksanakan tugas sehingga 2035.

Panglima TUDM, Datuk Seri Affendi Buang berkata, kesemua pesawat berkenaan telah melalui proses naik taraf secara konsisten dan berkebolehan dalam melaksanakan misi melindungi ruang udara negara.


Katanya, sejak 20 tahun lalu, FA -18 D Hornet telah terlibat melaksanakan pelbagai misi penting yang dipertanggungjawabkan kepada NO 18 Skuadron TUDM.



“Pesawat ini akan ditarif  sebagai matang, bukan pesawat usang dan mampu digunakan dalam tempoh 18 tahun lagi,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan NO 18 Skuadron di Terminal Udara Butterworth di sini hari ini.

(Utusan)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *