KM Bagan Datuk Mula Pelayaran

KM Bagan Datuk Mula Pelayaran

07 Agustus 2017

Kapal-kapal baru APMM jenis Next Generation Patrol Craft tipe 45 meter (all photos : APMM)

KM Bagan Datuk, Kapal Ronda Generasi Baru (NGPC) pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melakukan pelayaran sulung ke perairan Batuan Tengah di Selat Singapura, hari ini.


Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, pelayaran itu adalah bersempena majlis perasmian Pangkalan Abu Bakar di Johor esok, yang akan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


“Kapal ini akan berlepas ke perairan Batuan Tengah hari ini. Setelah (program perasmian) selesai, kita akan memutuskan sama ada untuk membawanya balik ataupun terus berada di laut untuk mengoperasikan peralatan yang ada di kapal itu,” katanya dalam sidang media.

FLIR turret (photo : Malaysian Defence)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rasmi KM Bagan Datuk oleh syarikat perkapalan tempatan Destini Marine Sdn Bhd (DMS) kepada APMM di Pelabuhan Klang, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Destini Datuk Rozabil Abdul Rahman.

KM Bagan Datuk yang dirasmikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 15 Mac lalu adalah kapal pertama daripada enam yang dibina DMS untuk APMM.

Kapal NGPC dilengkapi UAV Fulmar (photo : Jane’s)

Zulkifli berkata, kapal peronda itu berukuran 45 meter dan bakal ditempatkan di Daerah Maritim Klang (DM4) di Pelabuhan Klang, dan akan beroperasi sekitar perairan Selat Melaka untuk misi mencari dan menyelamat selain melakukan pemantauan di zon maritim Malaysia secara berkesan.

“NGPC ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta kelengkapan bagi membantu dalam pengoperasian Maritim Malaysia. Perolehan ini juga bagi menggantikan 15 kapal kelas SIPADAN yang diterima APMM daripada Tentera Laut Diraja Malaysia ketika awal penubuhan agensi ini,” katanya.


Beliau berkata, kapal itu juga yang pertama dilengkapi dengan sistem UAV Fulmar daripada model Thales, yang mana kru kapal boleh membuat pengawasan udara sejauh 80 batu nautika.

UAV Fulmar diintegrasikan dengan Sistem Identifikasi Automatik (AIS) dan berkemampuan menggalas tugas kapal seperti operasi pencegahan kes lanun, kawalan aktiviti perikanan dan pengawasan persempadanan.


Dilengkapkan dengan dua enjin MTU berkuasa 1,920 kilowatt (kW), kapal tersebut boleh mencapai kelajuan 24 knot serta boleh menempatkan sehingga 41 anak kapal

.Pembinaan KM Bagan Datuk bermula pada Disember 2015 selepas DMS diberi kontrak membina enam kapal peronda bernilai RM381.3 juta.


(Metro)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *